- Memartabatkan pelajar ke tahap yang lebih gemilang melalui corak pendidikan yang berkesan dan berkualiti.
- Menggerakkan secara kolektif disamping meningkatkan martabat profesion perguruan dengan menanam kesedaran dikalangan pendidik.
- Sentiasa menilai pencapaian diri dan kelemahan sendiri sebelum dapat melakukan anjakan paradigma yang sewajarnya.
- Berusaha menghidup suburkan pembudayaan ilmu dikalangan pelajar.
- Menanam iltizam ke arah mencapai pendidikan yang berkualiti dikalangan pelajar.
- Menghidup suburkan amalan dan pengetahuan agama sebagai benteng menangkis segala cabaran mendatang.
|
Kami, guru-guru SMKPT berhasrat menumpukan sepenuh tenaga dan masa, mendidik pelajar-pelajar ke arah mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah bagi memenuhi matlamat Negara. Ke arah mencapai kegemilangan matlamat ini kami akan :
1. Menggunakan pengalaman dan kepakaran kami untuk kejayaan pelajar,
2. Mengutamakn kaedah dan teknologi terkini dalam pendidikan.
3. Melahirkan masyarakat pelajar yang berkemahiran dan mempunyai kepakaran yang tinggi,
4. Membentuk budaya ilmu, budaya cemerlang dan hidup bernilai di kalangan pelajar
5. Menyediakan pelajar berwawasan serta boleh menghadapi cabaran masa hadapan,
6. Mendidik pelajar berpegang teguh kepada ajaran agama dan
7. Melahirkan generasi penyayang.

- MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI, SISTEMATIK , DAN BERKESAN.
- MENINGKATKAN DAN MENGEKALKAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM MELALUI AKTIVITI TERANCANG.
- MELAHIRKAN INSAN YANG BERAKHLAK DAN BERBUDI PEKERTI MULIA MELALUI PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI.
- MELAHIRAN INSAN YANG BERWATAK CEMERLANG DENGAN BERSENDIKAN DISIPLIN YANG TINGGI.
- MEMBINA, MENJALIN, DAN MENGURUSKAN SEMANGAT SETIAKAWAN DAN KEKITAAN ANTARA WARGA SEKOLAH MELALUI BUDAYA PEMUAFAKATAN DAN KESERONOKAN BEKERJA
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Tujuh (Felda) terletak 40 km ke Timur dari Bandar Seri Jempol dan 60 km dari Bandar Bahau. Sekolah ini siap dibina pada 4 Disember 1989 dan memulakan sesi persekolahan pertama pada Januari 1990. Di awal pembukaannya terdapat 10 orang guru dan seorang kakitangan bukan guru dengan menerima 180 pelajar dari kawasan Felda Palong 7, 8, 9, 10, 11, 14, 15 dan 16. Terdapat 12 bilik darjah, 2 makmal, 2 bilik ERT, bengkel, pusat sumber, perpustakaan, pejabat, bilik guru dan kemudahan lain iaitu satu gelanggang badminton, sepak takraw dan bola tampar.
Dalam tahun 1993 jumlah pelajar bertambah kepada 807 dan guru meningkat kepada 44 orang. Pada tahun 1997 secara rasminya Sekolah Menengah Palong Tujuh (F) telah dinaikkan taraf kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Tujuh (F).

Senarai pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini sejak ianya dibuka.
Bil. Nama TarikhBerkhidmat
1 En.Ahmad bin Hussien 04.12.1989 – 28.02.1992
2 Tn. Hj. Sayuti Bin Mamat 02.03.1992 – 30.12.1997
3 En. Abu Hassan Bin Ja’alam 01.04.1998 – 30.03.1999
4 En. Nik Mohd Hassan Bin Wan Muhammad 01.04.1999 – 30.03.2004
5 En. Mustaffa Bin Mohamed 01.04.2004 – 05.01.2009
6 En. Zakaria Bin Sapri 06.01.2009 - sekarang
|